Photo Gallery

19 Sept 2020 World Cleanup Day!

MGTC dan Jabatan Alam Sekitar telah turut serta bersama Impactlution, Trash Hero Malaysia , Circular Economy Johor Bahru, Club, Heng Haip Industries Sdn Bhd, dan juga komuniti setempat di Kukup, Johor pada hari ini menjalankan kerja-kerja pembersihan sampah paya bakau di Kampung Melayu Benteng, Kukup.

Kukup terletak dalam Parlimen Tanjung Piai. Tanjung Piai adalah salah satu daripada 10 kawasan parlimen yang terlibat dengan All Party Parliamentry Group Member on Sustainable Development Goals (SDG) (APPGMSDG).

Tanjung Piai telah dipilih sebagai pelopor untuk kajian sampah dari laut. Kajian ini dijangka akan mengambil masa 2 tahun untuk mengenalpasti kaedah terbaik untuk mengurangkan pencemaran sampah dari laut.
Kira-kira 60% sampah yang di sini berpunca dari laut.

Kemaskini Data Sampah Yang Berjaya DiKumpul:

– Sampah Umum = 258.1 Kg
– Sampah Plastik = 62.4 Kg
– Sampah Aluminium = 6.4 Kg
– Sampah Kaca = 8.7 Kg
– Sampah Lain-lain = 25.5 Kg
Jumlah Berat Sampah Keseluruhan: 360.8 Kg

#WorldCleaningDay2020
#KukupJohor
#MalaysianGreenTechnologyAndClimateChangeCentre
#MGTC
#KASA

Kementerian Alam Sekitar Dan Air
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Comments are closed.

Close Search Window